CIDB Melaka mendapati bahawa kebanyakan permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang tidak diluluskan oleh CIDB berpunca daripada faktor dokumen iringan atau lampiran yang tidak lengkap semasa permohonan pendaftaran dipanjangkan kepada CIDB.
Setelah diteliti, kesilapan yang melibatkan dokumen iringan boleh dielakkan.
Permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor tidak sesukar mana untuk diluluskan sekiranya semua dokumen iringan lengkap dan betul.
Justeru, CIDB Melaka mengambil inisiatif untuk membantu syarikat pembinaan yang berurusan dengan CIDB Melaka bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai dokumen iringan yang wajib diserahkan bersama-sama borang permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor kepada CIDB.
Pada 21 Oktober 2014, KEMPEN GAGAL SIFAR bagi permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dilaksanakan oleh CIDB Melaka.
KEMPEN GAGAL SIFAR ini merupakan inisiatif kendiri yang dibangun, dirancang dan dilaksanakan oleh pasukan CIDB Melaka setelah beberapa siri perbincangan dan penyelidikan ringkas mengenai sebab-sebab permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor tidak diluluskan.
Kempen ini dimulai dengan pelancaran SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR untuk digunakan oleh syarikat pembinaan sebelum mengisi permohonan secara online atau sebelum menghantar permohonan di kaunter CIDB Melaka.
Senarai semak ini bertujuan untuk membantu pelanggan menyediakan dokumen iringan secara tepat dan betul bagi mengelakkan kesilapan terhadap dokumen iringan, seterusnya membantu pasukan kerja CIDB Melaka untuk memproses permohonan dengan mudah dan lancar.
Pelanggan boleh mendapatkan SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR di Kaunter CIDB Melaka atau memuat turun senarai tersebut daripada blog ini.
Komen dan pandangan penambahbaikan terhadap senarai semak ini dialu-alukan.
Sila panjangkan komen anda terhadap senarai semak ini ke emel cidbmelaka@cidb.gov.my.
Terima kasih..
No comments:
Post a Comment