Senarai Semak Permohohan Perakuan Pendaftaran Kontraktor ini adalah satu set senarai semak yang menyenaraikan jenis-jenis dokumen iringan atau lampiran yang wajib diserahkan kepada CIDB Melaka semasa permohonan terhadap Perakuan Pendaftaran Kontraktor dilakukan oleh syarikat pembinaan.
ADAKAH SAYA PERLU MENGGUNAKAN SENARAI INI?
Ya, sekiranya anda adalah pemilik atau pekerja di mana-mana syarikat pembinaan yang perlu memanjangkan permohonan berkaitan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Lesen CIDB) kepada CIDB Melaka.
MENGAPA SAYA PERLU MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK INI?
Senarai semak perlu digunakan oleh anda kerana ianya membantu memberi panduan kepada anda untuk menyediakan dokumen iringan dengan lengkap + betul + tepat.
Senarai semak ini dapat membantu anda untuk mengurangkan kemungkinan permohonan anda tidak diluluskan oleh CIDB Melaka seandainya dokumen iringan dan semua syarat serta kriteria pendaftaran dipatuhi oleh syarikat anda.
BILAKAH SAYA PERLU MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK INI?
Senarai semak ini perlu digunakan KETIKA anda menyediakan dokumen iringan bagi permohonan-permohonan berkaitan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) seperti berikut:
- pendaftaran baru (kali pertama) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Lesen CIDB) (R1)
- pembaharuan (renew) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Lesen CIDB) (R4)
- pendaftaran semula Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Lesen CIDB) (R10).
Senarai ini perlu dirujuk SEBELUM anda menghantar dokumen iringan ke pejabat CIDB Melaka.
APA KANDUNGAN SENARAI SEMAK INI?
Senarai semak ini mengandungi 8 helaian, iaitu:
Helaian 1: Kaver Hadapan
Helaian 2 : Maklumat Pemohon (maklumat syarikat yang memohon)
Helaian 3: Maklumat Kewangan (makumat kewangan syarikat)
Helaian 4: Maklumat Pengarah / Pemilik (syarikat)
Helaian 5: Maklumat Personel Teknikal (pekerja teknikal seperti yang digariskan CIDB)
Helaian 6 : Tawaran Kerja Dalam Tempoh 3 Tahun
Helaian 7 : Mata CCD
Helaian 8 : Pengkhususan Yang Berkaitan Dengan Agensi Lain
eg. SSM, KWSP, ST, SPAN, JKKP, dll
BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN SENARAI SEMAK INI?
Anda boleh terus memuat turun dan mencetak salinan senarai semak yang telah diimbas di sini.
ATAU
Anda juga boleh mendapatkan senarai ini di Kaunter CIDB Melaka.
ADAKAH SENARAI SEMAK INI DIJAMIN SEMPURNA?
Senarai semak ini adalah usaha sulung kami di CIDB Melaka bersempena KEMPEN GAGAL SIFAR yang dilaksanakan oleh CIDB Melaka bermula pada 21 Oktober 2014.
Senarai semak ini bersifat dinamik iaitu boleh diubah untuk penambahbaikan.
Bagi sebarang komen dan cadangan penambahbaikan, sila emel kepada cidbmelaka@cidb.gov.my.
SAYA MASIH KELIRU DAN PERLU BERTANYA MENGENAI SENARAI SEMAK INI, BAGAIMANA?
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau kemusykilan mengenai senarai semak ini, sila hubungi Tuan Hj. Yahya di talian 06-2328895 atau mana-mana pegawai di Unit Pendaftaran Kontraktor bagi membantu merungkaikan kemusykilan anda.
KEMPEN GAGAL SIFAR
Bantu Kami Untuk Bantu Anda!
"DOKUMEN LENGKAP, SEMUA BERES!"
Terima kasih.
Unit Pendaftaran Kontraktor
CIDB Melaka