Wednesday, 22 October 2014

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR - LESEN CIDB

APAKAH 'SENARAI SEMAK PERMOHONAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR' INI?

Senarai Semak Permohohan Perakuan Pendaftaran Kontraktor ini adalah satu set senarai semak yang menyenaraikan jenis-jenis dokumen iringan atau lampiran yang wajib diserahkan kepada CIDB Melaka semasa permohonan terhadap Perakuan Pendaftaran Kontraktor dilakukan oleh syarikat pembinaan.


ADAKAH SAYA PERLU MENGGUNAKAN SENARAI INI?

Ya, sekiranya anda adalah pemilik atau pekerja di mana-mana syarikat pembinaan yang perlu memanjangkan permohonan berkaitan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Lesen CIDB) kepada CIDB Melaka.


MENGAPA SAYA PERLU MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK INI?

Senarai semak perlu digunakan oleh anda kerana ianya membantu memberi panduan kepada anda untuk menyediakan dokumen iringan dengan lengkap + betul + tepat.
Senarai semak ini dapat membantu anda untuk mengurangkan kemungkinan permohonan anda tidak diluluskan oleh CIDB Melaka seandainya dokumen iringan dan semua syarat serta kriteria pendaftaran dipatuhi oleh syarikat anda.


BILAKAH SAYA PERLU MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK INI?

Senarai semak ini perlu digunakan KETIKA anda menyediakan dokumen iringan bagi permohonan-permohonan berkaitan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) seperti berikut:

  • pendaftaran baru (kali pertama) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Lesen CIDB) (R1)
  • pembaharuan (renew) Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Lesen CIDB)  (R4)
  • pendaftaran semula Perakuan Pendaftaran Kontraktor (Lesen CIDB)  (R10).

Senarai ini perlu dirujuk SEBELUM anda menghantar dokumen iringan ke pejabat CIDB Melaka.


APA KANDUNGAN SENARAI SEMAK INI?

Senarai semak ini mengandungi 8 helaian, iaitu:


Helaian 1: Kaver Hadapan






Helaian 2 : Maklumat Pemohon (maklumat syarikat yang memohon)



Helaian 3: Maklumat Kewangan (makumat kewangan syarikat)




Helaian 4: Maklumat Pengarah / Pemilik (syarikat)



Helaian 5: Maklumat Personel Teknikal (pekerja teknikal seperti yang digariskan CIDB)





Helaian 6 : Tawaran Kerja Dalam Tempoh 3 Tahun





Helaian 7 : Mata CCD





Helaian 8 : Pengkhususan Yang Berkaitan Dengan Agensi Lain 
eg. SSM, KWSP, ST, SPAN, JKKP, dll




BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN SENARAI SEMAK INI?

Anda boleh terus memuat turun dan mencetak salinan senarai semak yang telah diimbas di sini.
ATAU
Anda juga boleh mendapatkan senarai ini di Kaunter CIDB Melaka.


ADAKAH SENARAI SEMAK INI DIJAMIN SEMPURNA?

Senarai semak ini adalah usaha sulung kami di CIDB Melaka bersempena KEMPEN GAGAL SIFAR yang dilaksanakan oleh CIDB Melaka bermula pada 21 Oktober 2014.
Senarai semak ini bersifat dinamik iaitu boleh diubah untuk penambahbaikan.
Bagi sebarang komen dan cadangan penambahbaikan, sila emel kepada cidbmelaka@cidb.gov.my.


SAYA MASIH KELIRU DAN PERLU BERTANYA MENGENAI SENARAI SEMAK INI, BAGAIMANA? 

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau kemusykilan mengenai senarai semak ini, sila hubungi Tuan  Hj. Yahya di talian 06-2328895 atau mana-mana pegawai di Unit Pendaftaran Kontraktor bagi membantu merungkaikan kemusykilan anda.


KEMPEN GAGAL SIFAR
Bantu Kami Untuk Bantu Anda!
"DOKUMEN LENGKAP, SEMUA BERES!"

Terima kasih.
Unit Pendaftaran Kontraktor
CIDB Melaka



KEMPEN GAGAL SIFAR - PERMOHONAN PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR -

CIDB Melaka mendapati bahawa kebanyakan permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor yang tidak diluluskan oleh CIDB berpunca daripada faktor dokumen iringan atau lampiran yang tidak lengkap semasa permohonan pendaftaran dipanjangkan kepada CIDB.

Setelah diteliti, kesilapan yang melibatkan dokumen iringan boleh dielakkan.

Permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor tidak sesukar mana untuk diluluskan sekiranya semua dokumen iringan lengkap dan betul.

Justeru, CIDB Melaka mengambil inisiatif untuk membantu syarikat pembinaan yang berurusan dengan CIDB Melaka bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai dokumen iringan yang wajib diserahkan bersama-sama borang permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor kepada CIDB.

Pada 21 Oktober 2014, KEMPEN GAGAL SIFAR bagi permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor dilaksanakan oleh CIDB Melaka.

KEMPEN GAGAL SIFAR ini merupakan inisiatif kendiri yang dibangun, dirancang dan dilaksanakan oleh pasukan CIDB Melaka setelah beberapa siri perbincangan dan penyelidikan ringkas mengenai sebab-sebab permohonan Perakuan Pendaftaran Kontraktor tidak diluluskan.

Kempen ini dimulai dengan pelancaran SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR untuk digunakan oleh syarikat pembinaan sebelum mengisi permohonan secara online atau sebelum menghantar permohonan di kaunter CIDB Melaka.

Senarai semak ini bertujuan untuk membantu pelanggan menyediakan dokumen iringan secara tepat dan betul bagi mengelakkan kesilapan terhadap dokumen iringan, seterusnya membantu pasukan kerja CIDB Melaka untuk memproses permohonan dengan mudah dan lancar.

Pelanggan boleh mendapatkan SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR di Kaunter CIDB Melaka atau memuat turun senarai tersebut daripada blog ini.

Komen dan pandangan penambahbaikan terhadap senarai semak ini dialu-alukan.
Sila panjangkan komen anda terhadap senarai semak ini ke emel cidbmelaka@cidb.gov.my.

Terima kasih..

Sunday, 19 October 2014

SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI, 1 NOV 2014 (SABTU), DEWAN ILP BUKIT KATIL, MELAKA - 5 MATA CCD


MUAT TURUN BORANG DI BAWAH DAN BUAT BAYARAN DI PEJABAT CIDB MELAKA SEGERA UNTUK MENDAPATKAN TIKET SEMINAR ANDA SEBELUM KEHABISAN




HUBUNGI EN LOKMAN DI TALIAN 019-773 8895 / 06-232 8895 BAGI SEBARANG PERTANYAAN.

CEPAT! TEMPAT ADALAH TERHAD.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK INFO LANJUT @ DAFTAR ONLINE:

https://docs.google.com/forms/d/1c-RU9XgXc2qXH-YM_KqEVn3v_VVgiOhv7HrHVxXqAIY/viewform 

Thursday, 2 October 2014

MENGAPA BLOG INI DIWUJUDKAN?


SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CIDB NEGERI MELAKA

Terima kasih kerana melayari laman blog CIDB Negeri Melaka.
Kepuasan tuan puan terhadap perkhidmatan yang kami berikan adalah kepuasan kami di dalam berkhidmat.
Setelah mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan di dalam penyampaian maklumat dan sebaran informasi kepada pelanggan kami, tim CIDB Melaka telah mengambil keputusan untuk menyediakan satu medium interaktif kepada para pelanggan yang merupakan keutamaan kami.
Di situlah bermula segalanya tentang blog ini.

MENGAPA BLOG INI DIWUJUDKAN?
Laman blog ini diwujudkan sebagai salah satu inisiatif daripada tim CIDB Melaka bagi merapatkan jurang maklumat di antara para pelanggan dan CIDB Melaka.
Blog ini adalah salah satu medium alternatif bagi para pelanggan khususnya pelanggan yang berurusan dengan CIDB NEGERI MELAKA bagi mendapatkan informasi terkini mengenai CIDB dan sebarang perkara berkaitan industri pembinaan.

BANTU KAMI UNTUK BANTU ANDA.
Inisiatif imelalui blog ni masih di peringkat permulaan.
Justeru, komen-komen membina amat-amat dialu-alukan di dalam menambahbaik kandungan dan 'approach' yang terkandung di dalam blog ini.

BAGAIMANA UNTUK MEMBERI KOMEN ATAU BERKOMUNIKASI DENGAN ADMIN BLOG?
Sila emelkan sebarang komen atau maklumbalas mengenai blog ini kepada cidbmelaka@cidb.gov.my

PENAFIAN
Adalah diingatkan bahawa laman blog ini BUKAN MERUPAKAN MEDIA SOSIAL RASMI CIDB.
Bagi mendapatkan maklumat secara rasmi, sila layari www.cidb.gov.my.
Blog ini TIDAK MEMPUNYAI SEMUA MAKLUMAT TENTANG CIDB, kerana blog ini hanyalah merupakan medium alternatif daripada tim CIDB Melaka.